Pages

Friday, November 16, 2012

KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT DAN JENIS RUMAH

Semasa seronok meneroka web u tube saya terjumpa video yang dirasakan agak menarik ini untuk tontonan semua, video ini dirasakan bagus dan dapat membantu dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran...

sila TEKAN SINI!!! TEKAN SINI!!! untuk melihat tentang video kegiatan yang dapat menjana ekonomi keluarga dan penduduk setempat. Ekonomi disini bermaksud pendapatan keluarga yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan... hihihi

Kamu juga boleh KLIK DI SINI!!!! untuk melihat video tentang jenis rumah... Sangat menarik dan membantu dalam mengenal jenis rumah yang ada di Malaysia khususnya...


KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK GEMAS

 Ahli BOMBA yang sentiasa bersedia membantu ketika kecemasan.

 Anggota polis yang sedia memerangi jenayah.

 Doktor yang berkhidmat merawat pesakit. Kalau tak sakit tak payah jumpa doktor ok!!

 Jururawat tugasnya membantu doktor. Kasihan mereka terpaksa melayan karenah pesakit yang bermacam-macam.

 Seorang yang mulia yang mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Melayan anak-anak murid seperti anak mereka sendiri. Setiap teguran dan nasihatnya adalah kerana rasa kasih dan sayang. Mulianya seorang GURU.

 Buruh atau pekerja kilang.

 Posmen, tugasnya menghantar surat dan bungkusan kepada penerima dengan selamat.

Askar, tugas mereka adalah untuk melindungi tanah air dari anasir luar dan pengganas.


ANASIR? apa maksudnya? cuba kamu cari maksud anasir dan nyatakan di bawah.... 


Thursday, November 15, 2012

Jenis Petempatan Manusia Zaman Dahulu

Manusia zaman dahulu tidak tinggal dalam rumah yang sempurna seperti yang kita ada sekarang, oleh kerana mereka hidup berpindah randah, maka petempatan yang mereka bina juga hanyalah bersifat sementara, apa makna sementara?
SEMENTARA bermaksud untuk beberapa ketika sahaja / tidak kekal lama. Kamus Dewan Edisi 4


PONDOK 

Dinding dibina daripada buluh, atap dibuat daripada daun rumbia atau nipah, tiang daripada batang pokok, manakala akar-akar pokok atau digunakan untuk mengikat tiang. Ha... mereka tidak menggunakan paku atau simen untuk mengukuhkan pondok mereka, hebatkan mereka?

RAN

Ran merupakan sebuah pondok yang dibina di atas pokok yang besar. Ia dibina di atas pokok untuk mengelakkan daripada serangan binatang buas dan liar seperti gajah, singa, harimau, buaya dan sebagainya. Mereka memang hebat kerana mampu membina rumah di atas pokok, siapa setuju??



Tetapi, pada masa kini manusia telah berubah, mereka telah berevolusi...Kita tidak lagi tinggal di dalam pondok ataupun ran, kita mempunyai rumah yang lebih selesa berbanding zaman dahulu, maka seharusnya kita bersyukur... Alhamdulillah....

Monday, November 12, 2012

Manusia Hidup Berpindah Randah

Manusia zaman dahulu hidupnya selalu sahaja berpindah randah, namun mereka tidaklah berpindah secara sesuka hati, ada beberapa faktor yang menjadi penyebab mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.



Sebab yang pertama ialah kerana mereka ingin mendapatkan sumber bekalan makanan seperti buah-buahan atau pucuk-pucuk daun. Mereka akan berpindah jika tempat tinggal asal mereka telah kehabisan sumber makanan ini.

 pucuk-pucuk daun
 buah-buahan
pucuk daun dan buah-buahan merupakan sumber makanan utama mereka pada zaman dahulu


Begitu juga dengan makanan seperti binatang. Mereka terpaksa berpindah untuk mendapatkan hasil-hasil buruan untuk dijadikan sebagai makanan, manakala kulit binatang pula boleh mereka jadikan sebagai pakaian dan juga alas tempat tidur bagi mengurangkan kesejukan di waktu malam.


binatang buruan yang boleh dijadikan makanan, kulitnya boleh dijadikan pakaian dan alas tempat tinggal serta tulangnya yang boleh dijadikan senjata.


Selain daripada itu, mereka akan berpindah sekiranya terdapat kematian dalam lingkungan keluarga dan kumpulan mereka. Mereka beranggapan sekiranya ada kematian maka tempat itu tidak lagi sesuai dijadikan tempat tinggal.


Sunday, November 4, 2012

Aktiviti manusia zaman dahulu

Manusia zaman dahulu memilih persekitaran gua, kawasan lapang dan pinggiran sungai sebagai tempat tinggal adalah kerana....

1. mudah untuk mendapatkan sumber makanan dari tumbuh-tumbuhan
2. mudah untuk memburu binatang
3. mempunyai tempat perlindungan yang kukuh (gua)
4. mudah bercucuk tanam (kawasan lapang)
5. mudah mendapat bekalan air dan mudah menangkap ikan (pinggiran sungai atau tasik)


Alatan yang diperbuat daripada batu ataupun tulang-tulang binatang.
Ia digunakan sebagai alat perburuan zaman dahulu.


Aktiviti memburu dan memasak binatang. Mereka semua ni tak makan nasi macam kita. hihihihi....
Eh, gajah pun mereka buru ke???


Gambar ni menunjukkan aktiviti bercucuk tanam. 
Tapi, zaman dulu-dulu xdela diorang tanam macam ni sekali.
Ha, ni gambaran orang yang tinggal di kawasan lapang bercucuk tanam.
Ini hanyalah imaginasi pelukis buku teks saja tau.


  Bagi mereka yang tinggal di pinggiran sungai atau tasik, ikan adalah merupakan makanan utama mereka disamping pucuk-pucuk tumbuhan dan binatang hasil pemburuan mereka. Mereka tak gunakan joran ya!!

Ha, inilah cara mereka menangkap ikan dahulu. Banyak kemahiran yang diperlukan untuk menangkap ikan dengan cara ini, rasa-rasanya kamu boleh buat x?

Ini bukan manusia zaman nomad ye, zaman nomad tak ada jala... gambar tambahan sahaja...


Untuk pengetahuan kamu, mereka semua tidak tinggal tetap di sesuatu kawasan, siapa tahu kenapa?

MANUSIA ZAMAN DAHULU

Sejarah Awal Petempatan Manusia

Manusia zaman dahulu, zaman sebelum adanya datuk dan nenek kita dikenali sebagai manusia zaman batu. Mereka tinggal di tiga kawasan utama iaitu


PERSEKITARAN GUA




KAWASAN LAPANG



 PINGGIRAN SUNGAI ATAU TASIK

Mengapa agaknya mereka tinggal di tiga kawasan ini? nantikan next entry....
kalau nk baca yang berkaitan orang nomad ni klik sini pun boleh...

Kat sini pun ada...


SOALAN : Mengapakah orang pada zaman ini dipanggil orang nomad?